Posts

Showing posts from February, 2018

Bab 8 : Bentuk dan Jenis Kesantunan

Image
Apakah maksud Kesantunan Bahasa? 💘 Santun : halus, beradap, sopan. 💘 Kesopanan : perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) 💘 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke4 👆 Konsep Kesantunan 👯Kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. 👯Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa(bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi. Kesantunan Verbal 👨Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. 👨Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang 👨Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan perbinca

Bab 7 : Laras Bahasa

Image
Definisi : 💚Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. 💚Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. 💚Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Perbezaan Laras Bahasa Mengapakah laras bahasa digunakan? 🍏 Terdapatnya: 🍏Ciri-ciri keperihalan - Situasi Luaran - Situasi Persekitaran 🍏Ciri-ciri linguistik - Aspek Bunyi - Aspek Perkataan - Aspek Ayat Situasi Luaran 🐤maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. 🐤merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.  Situasi Persekitaran 🍵cara penyampaian 🍵perhubungan sosial dan peribadi 🍵bahan 🍵Fungsi sosial Ciri-ciri Linguistik 🍓Aspek bunyi 🍓Aspek perkataan  🍓Aspek ayat Jenis-jenis Laras Bahasa 🍑Laras Bahasa Biasa 🍑Laras Bahasa Iklan / Perniagaan 🍑Laras Bahasa Sains 🍑Laras Bahasa Media Massa 🍑Laras Bahasa Rencana 🍑Larasa Bahasa Undang-Undang 🍑Laras Bahasa Agama 🍑Lara

Bab 6 : Ragam Ayat

Image
Ayat Aktif Ayat Aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, mem-, men-, meng- dan menge- Contoh :  Ah Seng mengecat dinding rumah. Ayat Pasif Ayat Pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan menggunakan imbuhan di- Contoh : Dinding dicat oleh Ah Seng. Contoh Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ayat Pasif terbahagi kepada 7 bahagian : 🐠Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di- 🐠Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter- 🐠.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke- 🐠Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber- 🐠Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama. 🐠Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua 🐠Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di-,di-...kan, di.... I, diper....kan, diper...i Contoh ayat: Sampah-sarap itu di bakar oleh ayah.  Roti itu dibeli oleh Hasyim  Aktiviti itu dikelola oleh

Bab 5 : Sistem Tatabahasa

Image
SINTAKSIS ( Bidang yang mengkaji proses pembentukan ayat ) DEFINISI SINTAKSIS Bidang kajian tentang prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu. Prinsip bermaksud aturan atau rumus yang memungkinkan berlakunya pembinaan ayat. Dalam tatatingkat tatabahasa, sintaksis menggarapkan: frasa, klausa, dan ayat. TATABAHASA Peraturan tentang pembentukan kata dan penggabungan kata dengan perkataan lain untuk menghasilkan ayat yang gramatis. DEFINISI AYAT Unit yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucapkan dengan dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Ayat diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengandung makna yang lengkap. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. - Mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. 👦AYAT  : Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 👨KLAUSA : Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, iaitu