Bab 1 : Asal - Usul Bahasa Kebangsaan

  πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚
  πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚


1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

1)  Berdasarkan teori yang paling terkenal berbanding yang lain iaitu Yunan , atau lebih dikenali sebagai teori Affinities Gendang Dongsong yang telah dikemukakan oleh H.Kern dan R.H. Geldern . Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama iaitu :

                            πŸ’œ  Melayu Negrito πŸ‘‰ Melayu Proto πŸ‘‰Melayu Deutro  πŸ’œ

Robert Von Heine Geldern ( Sarjana Australia ) mengatakan bahawa :
  • " Orang-orang zaman neolitik ( orang darat Monkhmer ) yang membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu"ISMAIL HUSSIEN , 1984:2
  • Teori ini lemah serta ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang zama.
Hendrick Kern ( 1889 )
  •  Beliau merumuskan BM adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia , bahasa induk yang dimaksudkan ialah bahasa utama di Asia.
  •  Beliau juga mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian , antara perkataan tersebut ialah tebu,nyiur,buluh,bambu dan lain-lain.
  • Perkataan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar,Filipina,Taiwan dan beberapa Pulau lain di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan2 yang terdapat di Champa,Chochin Cina dan Kampungchea.

Asmah Haji Omar (1988)
  • Menyokong teori Hendrick Kern,namun Beliau menyatakan bahawa proses migrasi atau perpindahan mereka tidak dilakukan secara sekaligus dan tidak juga hanya melalui satu jalan.
  • Mengatakan bahawa ada yang melalui jalan darat ( tanah semenanjung ) ,ada juga yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan yang melalui arah Timur ,iaitu melalui Laut China Selatan. 
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn ,Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmood ( 1997 )
  • Mereka menyokong teori bahawa penutur2 BM datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia.
  • Dikatakan mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M hingga tahun 1500 S.M.
  • Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.
2) Teori Nusantara mengatakan bahawa Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama.

John Crawford (1884)
  • Beliau membuat perbandingan antara BM dengan bahasa Lampung, BM dengan bahasa Sunda, BM dengan bahasa Mandura, BM dengan bahasa Bali, BM dengan bahasa Bugis dan beberapa bahasa di Indonesia Timur, Pulau Roti dan Pulau Sawu.
  • Terdapat juga perbandingan BM dgn bahasa Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bahasa lain di lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar.
  • Beliau merumuskan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa  menjadi induk bagi semua bahasa tersebut yang dinamakan “Malayan”.
  • Berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa tertua & menjadi induk kpd bahasa yang2 lain.
Sultan Takdir Ali shahbana (ahli bahasa Indonesia)
  • Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti di Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia.
  • Penduduk2 ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama seperti mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan.
  • Manusia kuno seperti Homo Soloinensis dgn Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
  • Penemuan manusia kuno menunjukkan kemungkinan orang Melayu adalah keturunan daripada manusia kuno tersebut yang berasal dari Jawa.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA, UKM) 
  • Beliau menegaskan bahawa orang Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 tahun lalu.
  • Bukti yang ditemuinya ialah kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni.
  • Mengemukakan teori evolusi atau perubahan.
  • Faktor berlakunya evolusi ialah perdagangan dari jalan darat dan perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar.
  • Org Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal daripada satu baka sahaja yang membezakan orang Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.

1.1.1 RUMPUN BAHASA MELAYU

πŸ’™Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada 4 keluarga bahasa yg lebih kecil, iaitu:

i. Bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) seperti Bahasa Melayu, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo dan lain-lain.
ii. Bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga, Hawaii, Maori & Haiti.
iii. Bahasa Melanisia seperti bahasa2 di Kepulauan Fuji, Irian dan kepulauaonia.
ⅳ. Bahasa Mikronesia seperti bahasa2 di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna & Gilbert.n Kaled

πŸ’šKeluarga Bahasa Melayu
-Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di 4 buah negara Asia tenggara, iaitu Indonesia,Malaysia, Brunei dan Singapura.
-Di Malaysia BM turut dikenali sebagai ‘Bahasa Malaysia’ dan di Singapura dan Brunei sebagai Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan.
- Bahasa Melayu turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.
- Faktor yang menyumbang kepada penyebaran Bahasa Melayu ialah melalui perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan.

πŸ’›Di Malaysia

-Bahasa Melayu menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri seperti wujudnya dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek P.Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu,dialek N.Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sabah.


PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



1.Bahasa Melayu Kuno πŸ‘‰ 2.Bahasa Melayu Klasik πŸ‘‰ 3.Bahasa Melayu Moden

a).Bahasa Melayu Kuno


-Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 higga ke abad ke-13, iaitu pada zaman Srivijaya.
-Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana:
🍎bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
🍏tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
πŸ‘mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
-Bahasa Melayu Kuno  banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
-Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat pada batu2 bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palava:   i.Batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683M)
ii.Batu bersurat Talang Ruwo, dkt Palembang (684 M)
iii.Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686M) 
iv.Batu bersurat di Karang  Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambin(686 M)
-Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis huruf Nagiri.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno  :

-Penuh dengan kata2 pinjaman Sanskrit.
-Susunan ayat bersifat Melayu.
-Bunyi b ialah w (cth: bulan-wulan).
-Bunyi e pepet tidak wujud (cth: dengan-dgan @dangan).
-Awalan ber- ialah mar- (cth:berlepas-marlapas).
-Awalan di- ialah ni- (cth:diperbuat-niparwuat).
-Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th, ph, dh, kh, h (cth: sukhatshitta).
-Huruf h hilang dalam bahasa moden (cth: semua-samuha, saya-sahaya).

Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik  :

-Dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara.
-BM mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
-Terdapat 3 batu bersurat yang penting memperlihatkan peralihan ini:
🐼Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak   Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
🐼Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang masih memakai abjad India .Buat pertama kali terdapat penggunaan kata2 Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
🐼 Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan jawi dapat membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada abad itu.
-Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik dibahagikan kepada 3 zaman penting :

(1. Zaman kerajaan Melaka 2. Zaman kerajaan Acheh 3. Zaman kerajaan Johor-Riau)

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

-Ayat: panjang, berulang, berbelit2.
-Banyak ayat pasif.
-Menggunakan bahasa istana.
-Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edankesmaran (mabuk asmara), sahaya, masghul(sedih).
-Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):sebermula, alkisah, hatta, adapun.
-Ayat sonsang.

-Banyak menggunakan partikel “pun” dan “lah”.

Bahasa Melayu Moden
-Bermula pada abad ke-19.
-Karya karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman BM moden.
-Sebelum penjajahan British Bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yg tinggi,berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.-Selepas Perang Dunia Kedua British mengubah dasar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
-Semasa Merdeka Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
-Akta bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dlm sistem pendidikan negara.

1.1.2 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA
                                                                  ⥥
                                          Bahasa perhubungan di rantau nusantara
                                                                                  ⬇
                        Mudah di pelajari berbanding bahasa sanskrit dan bahasa jawa
                                                                                  ⬇
                           Digelar “bahasa perlabuhan pada zaman Melayu Melaka
                                                                                  ⬇
                             Mengalami evolusi pertama menerima bahasa sanskrit

BAHASA PERSURATAN

HUBUNGAN                                                        

•Digunakan oleh kerajaan Melayu dalam menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain.

  SKRIP JAWI TERAWAL

•Dua pucuk surat sultan ternate kepada raja Portugal pada tahun 1521.

  TEKS JAWI TERTUA

•Aqai’d al-Nafasi mengandungi 43 halaman dengan lima baris arab dan lima baris terjemahan

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

a)Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
🌸Bertanggungjawab untuk merancang pemodenan Bahasa Melayu seperti perancangan penetapan bunyi atau sebutan, perancangan sistem ejaan,peristilahan,tatabahasa,perkamusan,dan penyuburan bahasa melalui penerbitan dan penghasilan karya sastera.Usaha ini dilakukan dengan kerjasama ahli2 bahasa dan pertubuhan serantau terutamanya MABBIM.

b)Melalui Sistem Pendidikan
🌸Laporan Razak (1956) mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan diajar di sekolah jenis kebangsaan.
🌸Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan untuk melatih guru2 agar dapat mengajar dalam Bahasa Melayu dengan baik.
🌸Tahun 1970 , penggunaan BM diperluas di sekolah2 jenis kebangsaan. Beberapa subjek yang disampaikan dalam bahasa ibunda seperti sivik, pendidikan jasmani dan pendidikan seni diajar dalam Bahasa Melayu.
🌸Peperiksaan LCE, MCE dan HSC dimansuhkan dan di peringkat institusi pengajian tinggi sebahagian daripada kursus2nya disampaikan dalam Bahasa Melayu.
🌸Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 khas untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
c)Peranan Badan2 Bukan Kerajaan (NGO)
🌸NGO turut serta dalam usaha2 memajukan Bahasa Melayu antaranya syarikat ESSO dan GAPENA.
🌸Kedua-duanya telah beberapa kali menganjurkan peraduan mengarang dalam bahasa Melayu sebagai usaha memajukan Bahasa Melayu.
🌸Institut Insurans Malaysia telah bekerjasama dengan DBP untuk mencipta istilah dalam bidang            perakaunan dan Persatuan Linguistik Malaysia(PLM) dalam bidang kebahasaan.
🌸Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun menganjurkan aktiviti debat Bahasa Melayu, pertandingan menulis dan pelbagai aktiviti kebahasaan sempena minggu amanah saham.
🌸Kerjasama dengan NGO menyumbang ke arah usaha memantap dan memajukan lagi Bahasa              Melayu agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi                    Malaysia.
d) Peranan Kerajaan dan Perjuangan Mendaulatkan Bahasa Melayu
🌸i. Perdaulatan Bahasa Melalui Perlembagaan dan Akta.
🌸ii. Perdaulatan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
🌸iii. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
🌸iv. Kerjasama serantau dan antarabangsa.

Bahasa Melayu Dalam Pendidikan

A)Laporan Razak ( 1956 ) mencadangkan :

-Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.
-Pengakuan matlamat akhir Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama.
-Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia.
-Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

B)Laporan Rahman Talib ( 1961 ) mencadangkan :

-Penegasan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
-Penegasan kepada pendidikan kerohanian yg kukuh dan unsur2 disiplin yg diingini.
-Penengasan kepada kurikulum berorientasikan Malaysia.
-Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional.
-Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
-Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

1.2.3 AKTA BAHASA KEBANGSAAN

🐧Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67-memperuntukkan selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud2 rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang2 yg sedia ditulis dalam Bahasa Inggeris.
🐧Akta ini menimbulkan ketidakpuasan hati org2 Melayu dengan jaminan bahawa Bahasa Inggeris terus digunakan dan dilihat sebagai mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

1.2.2 PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

🐠Pemberitahuan Undang2 No. 410/1967 diwujudkan untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bersyarat digunakan bagi tujuan2 rasmi sahaja.
🐠 Akta Pendidikan 1995, fasal 17(1) memperuntukkan bahawa:
“Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditentukan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”.

1.2.4 AKTA PENDIDIKAN

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan :

πŸ€1957- Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan sekolah menengah.
πŸ€1970- Bahasa pengantar darjah 1.
πŸ€1975- Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan.
πŸ€1976- Bahasa pengantar Tingkatan 1.
πŸ€1979- Bahasa Pengantar Tingkatan VI aliran sastera.
πŸ€1980- Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti.
πŸ€1981- Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains.
πŸ€1982- Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan.
πŸ€1983- Bahasa pengantar semua kursus di universiti.

1.2.1 ASAS PEMILIHAN BAHASA MELAYU

Mengapakah Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan ?πŸ˜• 

⇨Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.πŸ’“

1.3 STATUS DAN FUNGSI BAHASA MELAYU

😎Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain😎

1.3.1 BAHASA KEBANGSAAN


πŸ‡Perlembagaan tidak menjelaskan maksud “bahasa kebangsaan” . Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,
“…Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.”
-Akta Pelajaran 1961-πŸ‡

1.3.2 BAHASA RASMI


🌺Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara saholeh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran,system pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmidan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan.Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: 
a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan
c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
e) Penulisan semua jenis boring urusan rasmi kerajaan.
Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakansepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Begitu juga dalampentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah, bahasa melayu telahdigunakan secara meluas. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmibertambah baik setelah seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun1991. Bahasa Melayu juga digunakan dalam urusan surat menyurat, minitmesyuarat dan dokumen kerajaan termasuklah akta, buku rancangan pembangunanMalaysia serta dokumen dan ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Tegasnya,bahasa Melayu telah digunakan dalam semua upacara rasmi pentadbiran diMalaysia.Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakanbahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaanpersekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.🌸


1.3.3 BAHASA PERPADUAN

•Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.Selain itu,setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini bernaung di bawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal ini pasti akan dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang keutuhan sesebuah negara.Jelasnya,penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyarakat majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat.
•Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar.
•Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan Melayu sebagai bahasa pengantarnya. KurikulumBersepadu Sekolah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah -sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983telah menitik beratkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis mengira dengan pengantar bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukankemahiran berfikir. la juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.

1.3.4 BAHASA ILMU


🌹Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
🌹Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
🌹Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
🌹Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
🌹Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskreta.
🌹Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinosours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.

1.4 BAHASA DAN BUDAYA

🍭Ada berbagai teori mengenai hubungan bahasa dan kebudayaan. Ada yang mengatakan bahasa itu merupakan bagian dari kebudayaan, tetapi ada pula yang mengatakan bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan dua hal yang berbeda, namun mempunyai hubungan yang sangat erat, sehingga tidak dapat dipisahkan.Ada yang mengatakan bahawa bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan,sehingga segala hal yang ada dalam kebudayaan akan tercermin di dalam bahasa.
🍭Sebaliknya, ada juga yang mengatakan bahawa bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan dan cara berpikir manusia atau masyarakat penuturnya.Menurut Koentjaraningrat sebagaimana dikutip Abdul Chaer dan Leonie dalam bukunya Sosiolinguistik bahawa bahasa bagian dari kebudayaan. Jadi, hubungan antara bahasa dan kebudayaanmerupakan hubungan yang subordinatif,di mana bahasa berada dibawah lingkup kebudayaan.
🍭Namun pendapat lain ada yang mengatakan bahwa bahasa dan kebudayaan mempunyai hubungan yang koordinatif, yakni hubungan yang sederajat, yang kedudukannya sama tinggi.Masinambouw menyebutkan bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan dua sistem yang melekat pada manusia.Kalau kebudayaan itu adalah sistem yang mengatur interaksi manusia didalam masyarakat, maka kebahasaan adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai sarana berlangsungnya interaksi itu.Dengan demikian hubungan bahasa dan kebudayaan seperti anak kembar siam,du buah fenomena sangat erat sekalibagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yang lain sebagai sistem kebudayaan.

~SELESAI SUDAH BAB SATUπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€~

Comments

Popular posts from this blog

Bab 7 : Laras Bahasa

Ejaan Betul Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4

Bab 5 : Sistem Tatabahasa