Bab 2 : Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bunyi dan huruf

  • Abjad          – 26 abjad 
  • Vokal          – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] 
  • Konsonan  – 20 
  • Diftong      – 3 [ ai au oi ] 
  • Digraf        – 5 [ kh gh ng ny sy ]   

Pola keselarasan vokal

18 pola keselarasan vokal :


Ejaan kata pinjaman

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
    🌲 cc- ks access menjadi akses
    🌲 x- ks express menjadi ekspres
b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama 
    🌲ff- f traffic menjadi trafik

c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal
   🌲oo-u boot menjadi but

d) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian
   🌲block menjadi blok
   🌲draft menjadi draf

e)Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g]
   dalam BM
   🌲generation menjadi generasi
   🌲agent menjadi agen

f) Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -sional
   🌲lotion menjadi losen; section menjadi seksyen

g) Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism
    🌲nationalism menjadi nasionalisme

h) Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap
   🌲pencil menjadi pensel
   🌲 action menjadi aksi
   🌲 dial menjadi dail

Penulisan kata sendi nama

   Kata sendi nama ialah perkataan yg hadir di hadapan frasa nama.Kt sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:-

a) Kata sendi nama di 
 - kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat seperti: 1) di sekolah 2) di jalan 
 - Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.
 - Contoh :
🌽 Di pagi hari (salah)
      Pada pagi hari (betul)

🌽 Di kurun ke-15 (Salah)
     Pada kurun ke-15 (betul)

🌽Di zaman itu (Salah)
    Pada zaman itu (betul)

b) Kata sendi nama ke
 -Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
-Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
-Contoh :
🌼Ke pihak polis (salah)
    kepada pihak polis (betul)
  
🌼Ke Ali (salah)
    kepada Ali (betul)

c) Kata sendi nama dari
 -Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa
-Contoh :
🍃Bertiup daripada selatan 
    (Bertiup dari selatan)
 
🍃Daripada kiri ke kanan 
    (Dari kiri ke kanan) 

🍃Daripada pukul 10.00 pagi 
    (Dari pukul 10.00 pagi)

d) Kata sendi nama daripada
 -Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
 -Contoh :
🍆Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
🍆Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
🍆Lebih baik Ahmad daripada Ali.

e) Kata sendi nama kepada
 -Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan.
-Contoh :
🍋Ke kerani itu (salah)
    Kepada kerani itu (betul)
🍋Ke orang tuanya (salah)
    Kepada orang tuanya (betul)
🍋Ali mengirim surat ke abangnya (salah)
    Ali mengirim surat kepada abangnya (betul)
-Perlu juga mempunyai perseimbangan ungkapan dari-ke, daripada -kepada seperti:-

🍋Dari semasa kepada semasa (salah)
    Dari semasa ke semasa (betul)

Penggunaan tanda baca

1 ) Tanda baca noktah (.)

- berakhirnya sesuatu ayat.
- digunakan utk menyatakan singkatan.
- Contoh : Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd.

2) Tanda baca sempang (-) 
  •  sebagai tanda kata ganda 
- Contoh : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin, berlari-lari, gunung-ganang. 
  •  antara ke dengan angka 
- Contoh : ke-10, ke-100
  •  antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran –an 
- Contoh : tahun 20-an, tahun 50-an
  • Antara huruf kecil dengan huruf besar 
- Huruf besar iaitu merujuk kapada tuhan atau nama khas.
- Tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.
- Contoh: Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia.

3) Tanda baca seru (!)

- Tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
- Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
- Contoh yang salah :
  Wah! cantiknya baju itu. 
  Aduh! sakit kakiku.
- Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu! 

Penulisan kata ganti nama singkat

🍬4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya
🍬Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari
🍬Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang
🍬Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan dan Mereka memohon rahmat-Nya.

Penulisan partikel

🍩4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
🍩Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
🍩Contoh: berilah, diakah, manatah
🍩Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.
🍩Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
🍩Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan iaitu: 
    adapun, sekalipun, walaupun, lagipun.

Penulisan kata berimbuhan

Awalan kata nama

1. peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-)
2. pe- ( tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi seperti:- pe + suruh =pesuruh) 
3. peR- (tidak produktif dan tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi pada awal kata dasar seperti:- peR + tapa = pertapa)
4. ke- ( hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja dan tidak melibatkan perubahan huruf pada kata dasar seperti:- ke + tua = ketua, ke + kasih= kekasih)
5. Juru ( awalan juru mendukung makna ahli @ org yg t,libat secara langsung degan pekerjaan yang didukung seperti:-
- bahasa = jurubahasa
- jual = jurujual
- tera = jurutera

Awalan kata kerja

1. meN- ( me-, mem-, men-, meng-, menge-)
2. beR- ( awalan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif sperti:- bercukur, berlari )
3. teR- ( awalan ini bergabung dengan semua golongan kata dasar untuk membentuk kata kerja transitif, kata kerja transitif pasif dan kata kerja tak transitif seperti:-
- saya terpijak kaca itu (k.k transitif)
- kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif)
- budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif)
4. mempeR- ( awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adjektif dan kata tugas utk membentuk k.k.transitif aktif seperti:-
- memperalat kawannya.
- memperluas bilik darjah
- memperoleh hasil
5. di- (awalan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk k.kerja ayat pasif yang subjeknya terdiri daripada org ke-3 seperti:-
- dibunuh oleh perompak itu.
- dipukulnya
6. dipeR- (awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kerja pasif diri ke-3 seperti :-
diperkawan.
diperbanyak.
diperoleh.

Awalan kata adjektif

- awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR- dan se- seperti:-
  terbaik (bermaksud paling baik)
  sebijak (bermaksud sama bijak)

Akhiran kata nama

🍑membawa makna hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar seperti kritikan (hasil menkritik), tulisan (hasil menulis). 
🍑Membawa makna kawasan @ bidang yang luas seperti lautan (laut yang luas), lapangan (kawasan lapang yang luas) 
🍑Membawa makna yang banyak seperti barangan 
🍑Membawa makna org @ haiwan @benda yang menjadi penderita kerja seperti:- 
    Tahanan (org yg ditahan), 
    Buruan (org @ haiwan yang diburu) 
    Minuman (benda yang diminum) 
🍑Membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar seperti manisan (sesuatu yang mempunyai sifat manis). 
🍑Membawa makna tempat melakukan sesuatu seperti kurungan (tempat untuk mengurung) 
🍑Membawa makna ukuran @kiraan seperti bulanan dan jutaan. 

Akhiran kata kerja

🐙Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan –kan
🐙Kedua2 imbuhan akhiran ini membentuk kata kerja transitif.
🐙Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:-
🐙Ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua. Contohnya:-
   i) Kereta yang rosak itu akan saya baiki.
   ii) Masalah itu kamu selesaikan sendiri. 
🐙Ayat suruhan. Contohnya:- 
   i) Ikutilah rancangan kami setiap hari.
   ii) Ceritakan rahsia itu kepada saya.

Apitan kata nama

🐦peN-…-an (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an dan penge-…-an)
🐦Pe-…-an (jumlah kata terbitan ini adalah terhad, membawa 2 makna iaitu menunjukkan tempat seperti petempatan dan menunjukkan makna hal keadaan yg terkandung dalam kata dasar seperti peperangan.
🐦peR-…-an (apitan ini boleh b,gabung dengan semua kata dasar)
- membawa makna tempat seperti perairan dan perhentian. 
- membawa makna hal yg berkaitan dgn kata dasar@hasil daripada melakukan maksud k.dasar spt;-
i) persengketaan = hal bersengketa
ii) pertuturan = hasil bertutur
🐦Ke-…-an (biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada k.nama, k.kerja dan k.adjektif utk membentuk kata nama yang bersifat abstrak seperti kejujuran, kementerian dan ketidakadilan. 

Apitan kata kerja

🌿meN-…-kan (membentuk k.kerja transitif aktif drpd semua gol k.dasar). Membawa 3 mkna iaitu:-
- membuat sesuatu yg terkandung dalam kata dasar seperti menceritakan, merundingkan.
- membawa mksud kausatif @ menyebabkan seperti mengindahkan, menaikkan dan mendirikan.
- membawa makna benefaktif @ manfaat seperti:-
🌾Mencarikan = mencari untuk
🌾Membawakan = membawa untuk
🌿beR-…-kan (membentuk k.kerja tak transitif). Akhiran -kan dalam apitan ini ialah kependekan kata sendi nama “akan” yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan, pada dan tentang. Contohnya:-
-berdasarkan bukti = berdasar pada bukti
-bersenjatakan pistol = bersenjata dengan pistol
-bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar
🌿beR-…-an (membentuk kata kerja tak transitif).Membawa 3 makna iaitu:-
- membawa makna “banyak yg berlaku” seperti:-
🌾berterbangan = banyak yg terbang
🌾Berguguran = banyak yg gugur
- membawa makna perbuatan antara 2 pihak @ bersalingan seperti:-
🌾Bertembakan = saling menembak
🌾Bersalaman = salam bertukar salam
- membawa makna berulangan, berterusan @berpanjangan seperti:-
🌾berdebaran dan berkibaran
🌿di-…-kan (apitan ini ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan) contohnya:-
- melakukan (aktif) = dilakukan (pasif)
- memerlukan (aktif) = diperlukan (pasif)
🌿meN-…-an ( membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-kata dasar dalam semua golongan dan membawa makna lokatif) - akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di, pada, kepada, untuk, akan, terhadap dan daripada. Contohnya:- 
🌾Membanjiri = menjadi banjir di
🌾Memagari = menjadi pagar pada
🌾Menghadiahi = memberikan hadiah kepada
🌾Membiayai = mengadakan biaya untuk
🌾Mencintai = cinta akan
🌾Mencurigai = curiga terhadap
🌿di-…-i ( merupakan bentuk pasif bagi meN-…-i) contohnya:-
🌾menemui (aktif) = ditemui (pasif)
🌾memagari (aktif) = dipagari (pasif)
🌾menyakini (aktif) = diyakini (pasif)
🌾melalui (aktif) = dilalui (pasif)
🌿mempeR-…-kan (umumnya apitan ini membentuk kata kerja transitif aktif daripd kata nama dan kata kerja. Ia tidak boleh diimbuhkan dengan kata adjektif dan membawa 2 makna iaitu:-
-Makna kausatif iaitu menjadikan @ menyebabkan spt:-
🌾Mempertanggungjawabkan = menjadikan bertanggungjawab.
🌾Memperhentikan = menyebabkan berhenti
- Makna menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja seperti :-
🌾Memperkenalkan = menyebabkan orang mengenal
🌾Mempertontonkan = menyebabkan orang menonton
🌿mempeR-…-i ( membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata2 yang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan beR-. Contohnya:-
🌾Bersenjata= mempersenjatai
🌾Belajar = mempelajari
🌾Beringat = memperingati
🌿ke-…-an (apitan ini membentuk k.kerja dlm ayat pasif). Contohnya kehujanan, ketinggalan, kepanasan.
🌿dipeR-…-kan (merupakan bentuk pasif bagi mempeR-…-kan). Contohnya:-
🌾mempertikaikan (aktif) = dipertikaikan (pasif)
🌾mempersendakan (aktif) = dipersendakan (pasif)
🌾Mempertemukan (aktif) = dipertemukan (pasif)
🌾Mempelbagaikan (aktif) = dipelbagaikan (pasif)
🌿dipeR-…-I (merupakan beentuk pasif bagi mempeR-…-i). Contohnya:-
🌾memperingati (aktif) = diperingati (pasif)

Apitan kata adjektif 

🍧Hanya melibatkan ke-…-an.
🍧Membawa makna “bersifat seperti” yang tersebut pada kata dasar.
🍧Contohnya:
    kemelayaan = bersifat melayu
    kebaratan = bersifat org barat

Sisipan kata nama

🐓Sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-, -er-, dan -em-.
🐓Membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
🐓Contohnya:-
    kemumur = kelemumur
    kuping = keruping
    kuncup = kemuncup

Sisipan kata adjektif 

🍒Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif ialah -em-, -el-, -er- dan -in-.
🍒Contohnya:-
    Guruh = gemuruh
    Serak = selerak
    Godak = gerodak
    Sambung = sinambung

Sisipan kata kerja

👚Berdasarkan bahasa Melayu, tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adj yg bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.
👚Contohnya:-
   - kelupas = berkelupas
   - kelemumur = berkelemumur
   - keruping = berkeruping

Penulisan kata ganda

💎Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang ( - ).
💎Contohnya seperti :-◦daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi

Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan. Terdapat kesalahan seperti:

1) Tidak menggunakan imbuhan.
📘Ayat dalam bahasa melayu terbentuk dengan frasa kerja.
📘Dalam frasa kerja, kata kerja merupakan kata utama.
📘Namun, ada kata kerja yang tidak menggunakan imbuhan seperti:-
a) Mereka jalan ke sekolah (salah) 
Mereka berjalan ke sekolah (betul)
b) Dia hendak beli buku (salah) 
Dia hendak membeli buku (betul) 
c) Ali bawa ikan (salah) 
Ali membawa ikan (betul) 

2) Menggunakan imbuhan yang salah
📙Menggunakan peraturan penggunaan yang salah contohnya:-
# Pekerja-pekerja baharu sedang menjalankan kursus – digantikan dengan menjalani.
# Mereka berbincang perkara itu – digantikan dengan membincangkan.
# Kami menumpu perhatian kepada persoalan itu – digantikan dengan menumpukan.
📙Kesalahan dari segi awalan meng-
# awalan menge- merupakan variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan2 satu suku kata.
# kesalahan berlaku apabila menggunakan awalan meng- dan tidak awalan menge-. Contohnya:-
- mengsahkan (salah) = mengesahkan (betul)
- mengbom (salah) = mengebom (betul)

3. Tidak sedar bentuk itu imbuhan
📗Ramai tidak menyedari bahawa bentuk2 seperti -juru-, maha-, pro-, -pra- dan sebagainya merupakan awalan.
📗Ditulis terpisah dengan kata dasar.
📗Contohnya :-
Juru jual (salah) = Jurujual (betul)
Maha siswa (salah) = Mahasiswa (betul)
Pro komunis (salah) = Prokomunis (betul)
Pra sejarah (salah) = Prasejarah (betul)
Tata susila (salah) = Tatasusila (betul)
Eka bahasa (salah) = Ekabahasa (betul)

4. Perbezaan ant apitan peN-…-an dengan peR-…-an
📔Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
📔Ada perkataan yang dapat menerima kedua-duanya,ada yang hanya dapat menerima salah satu daripadanya.
📔Kesalahan berlaku apabila pilihannya tidak tepat.
📔Contohnya :-
Perlantikan (salah) = pelantikan (betul)
perlaksanaan (salah) = pelaksanaan (betul)
pelumbaan (salah) = perlumbaan (betul)
pejuangan (salah) = perjuangan (betul)

   

Bab 2 sudah tamat ~~😎😎😎😎😎

Comments

Popular posts from this blog

Bab 7 : Laras Bahasa

Ejaan Betul Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4

Bab 5 : Sistem Tatabahasa