Bab 3 : Proses Pembentukan Kata

Peristilahan kata umum Bahasa Melayu

Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:

1)Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
2)Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh:
•hospital dan rumah sakit, dipilih hospital.
• fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.
3)Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahan

💥Penggunaan Kata Akar/Bebas
•Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas).
  Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid.

💥Proses Pengimbuhan
•Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.
• Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza.

💥Proses Penggandaan
•Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan.
•Contoh :
⤑kacang kacang-kacang
⤑jari jejari
⤑rumput rerumput

💥Proses Penggabungan
•Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat.
•Contoh :
↷Meja tulis
↷Kerjasama
↷kapal korek.

Istilah singkatan dan lambang

1. Singkatan

•Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan:
(a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
💦contoh : lab (oratory)
(b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.
💦contoh: cm – sentimeter
(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
💦Contoh : tadika / cerpen/ kugiran
(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. 
💦Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).

2. Lambang Huruf dan Bilangan

💤Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
💤Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).

3. Lambang Gambar

👾Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.
👾Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing.
👾Contoh :
• jantan ♂
• matahari ☼
• omega Ω

Kaedah pengejaan istilah Pinjaman

1. Jenis Ejaan

🔑Ejaan Grafemik
  • Ejaan rumi 
🔑Ejaan Etimologi / Asal
  • Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, kedua-dua sekali dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa. 
🔑Ejaan Transliterasi
  • Contoh transliterasi Arab : bismillahirrahmanirrahim. 
🔑Ejaan Transkripsi
  • Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan seperti; 
🔐bureau – biro 
🔐police – polis 
🔐ambulance - ambulans

2. Penyesuaian Ejaan

🎆 istilah asing yang pengucapannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti; pencen, stesen tidak diubah.
 🎆istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.
🎆istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat seperti:
•haemoglobin = hemoglobin,
•automatic = automatik

3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing

🍭Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. Contoh:
🍭Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contoh:
•Aktif
•Primer
•antropologi.
•inframerah
•Prasejarah
•semivokal

4. Gugus Konsonan

🌾Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Contoh:


SEKIAN......TERIMA KASIH🌸🌸🌸


Comments

Popular posts from this blog

Bab 7 : Laras Bahasa

Ejaan Betul Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4

Bab 5 : Sistem Tatabahasa