Bab 4 : Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu

PEMBENTUKAN KATA NAMA



KATA NAMA TUNGGAL

💞Ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, pergandaan, dan pemajmukan. 

💞Contohnya:


JENIS KATA TUNGGAL



BENTUK KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA

📔KV={yu,ru,ya}

📔VK={am}

📔KVK={cat,wang,bah}

📔KKVK={stor,gred,skor}

📔KVKK={teks,bank,zink}

📔KKKV={skru}

📔KKKVK={skrip,spring,straw}

BENTUK KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

💘V + KV = { aku,apa, ubi}

💘V +VK= {air,aur,ais}

💘V + KVK= {adik,emas,ubat}

💘VK+ KV= {undi,impi ,angkan}

💘VK + KVK={ambil,umpan,angkat}

💘KV + V= {Dua,doa,tua}

💘KV + VK= {jauh,tuah,buah}

💘KV +KV= {jala,pasu,buku}

💘KV +KVK= {kapal,telur,sikat}

💘KVK + KV= {lampu,binti,tunggu}

💘KVK +KVK= {bangsal,bintang,tampung}

BENTUK KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH

💝KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda}

💝KV+KVK+KV+KV={sederhana,sayembara}

💝KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara}

💝KVK+KV+V=KV={sentiasa}

💝KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala}

💝KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang}

💝KVK+KV+KV+KVK={sentimeter}

💝KVK+KVK+KV+KV={singgahsana,

💝KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}

💝V+KV+KVK+KV+KV={universiti}

💝KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih}

💝KV+KV+KV+KV+KV+KV={maharajalela}

BENTUK KATA AKRONIM

–Tergolong dalam kata tunggal
–Akronim boleh ditulis dalam 3 cara.


Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata

💧Contoh:
  • ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia 
  • IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia 
  • ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri

Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata

👻Contoh: 
  • Mara-Majlis Amanah Rakyat 
  • Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia 
  • Bernama-Berita Nasional Malaysia

Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)

💦Contoh: 
  • tabika- taman bimbingan Kanak-kanak 
  • kugiran-Kumpulan gitar rancak 
  • cerpen-cerita pendek

KATA NAMA TERBITAN

💚Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
💚Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan.


Contoh-contoh imbuhan :


Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-


KATA TERBITAN BERSISIPAN

🍏Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Kerja
🍏Contoh:
🍏Sisipan kata nama
  • -el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut) 
  • -er- (keruping,seruling,serabut)
🍏Sisipan kata adjektif
  • -el- (kelebek,selerak,gelembung) 
  • -er- (gerodak) 
  • -em- (gemilang,semerbak,gemerlap) 
  • -in- (sinambung) 
🍏Sisipan kata kerja
  • -el- (jelajah,gelegak)

KATA MAJMUK

💜Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih
💜Perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.
Contoh :
 

💜 Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.
💜Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
💜Contoh: 
Antara rumah batu, tidak dapat disisipkan perkataan yang (*rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu).











Kata majmuk rangkai kata bebas


Kata majmuk istilah khusus

Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan

Kekecualian Bentuk Kata Majmuk

🐙Kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
🐙Bentuk ini dianggap sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut:


Penggandaan Kata Majmuk

•Apabila kata majmuk digandakan hanya melibatkan unsur pertama sahaja.
•Bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh unsurnya seperti yang berikut:











KATA GANDA

🍟Kata dasar yang mengalami proses pengulangan
🍟Berlaku dalam dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja.
🍟Semua golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dapat membentuk kata ganda

Jenis Kata Ganda

 


Penggadaan Penuh

🍔Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak.
🍔Contoh :
  • Cantik-cantik
  • Penderma-penderma
  • Jalan-jalan
  • Bangunan-bangunan
  • Orang-orang

Penggandaan Separa

🐔Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
🐓Contoh : sesiku, jejari, lelangit dan kekuda
🐔Jika penggandaan separa digunakan pada kata terbitan, hanya kata dasar yang utama sahaja yang digandakan tanpa melihat imbuhannya
🐔Contoh : Tinjau-meninjau ,Bergaduh-gaduhan , Benci-membenci

Penggandaan Berentak

🐠Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
🐠Terdapat 3 bentuk penggandaan berentak iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.
 



>Bab 4 Selesai😉😉😉😉<

Comments

Popular posts from this blog

Bab 7 : Laras Bahasa

Ejaan Betul Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4